jenis-jenis kemasan lantai
1. Lepa Simen
Kemasan lepa simen portland biasa ataupun simen berwarna pada dasar konkrit merupakan sejenis kemasan lantai yang biasa digunakan dalam pembinaan bangunan perusahaan dan rumah-rumah kediaman kos rendah. Jenis kemasan ini boleh dibuat secara "monolithic" iaitu dibuat sekaligus semasa lapisan konkrit ditempatkan ataupun sebagai lapisan kemasan yang berasingan. Permukaannya dilicinkan dengan menggunakan pemaras keluli sebelum simen mengeras. |
2. Jalur Kayu
Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beloti kayu yang ditanam di dalam lapisan konkrit ataupun pada gelegar lantai kayu. Papan jalur hendaklah bertanggam lidah dan lurah ataupun bertanggam lekap. Seboleh-bolehnya lebar papan jalur mestilah tidak melebihi 100mm kerana papan yang lebih lebar akan mengecut berlebihan dalam proses pengeringannya. Papan jalur selebar 75mm lazim dibekalkan dalam pasaran tempatan. Lantai jalur kayu boleh dikemaskan dengan sampang atau lekar. Jenis kayu keras seperti kayu jati, cenggal dan kempas menghasilkan lantai kayu yang bermutu tinggi. |
3. Parket
Kemasan parket dibuat dengan kepingan kayu beroti disusunkan mengikut corak seperti yang ditunjukan di dalam gambar. Kayu ini dilekatkan pada kertas selebar 300mm x 300mm supaya senang dilekatkan kepada dasar konkrit dengan menggunakan sejenis glu khas, permukaan parket perlu diasah dengan mesin canai sehingga rata dan licin. Permukaan parket yang licin dan bersih boleh dikemaskan dengan sampang, lekar atau lilin. Jenis kayu yang biasa digunakan untuk membuat lantai parket ialah kayu jati dan kempas. |
|
6. Mozek
Mozek diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan melalui proses pembakaran. Ia merupakan kepingan jubin kecil disusun dengan berbagai-bagai rekabentuk. Mozek biasanya dilekatkan pada kertas dengan saiz sebesar 300mm x 300mm. Pembinaannya dilakukan dengan menggunakan adunan simen untuk melekatkan mozek di dasar konkrit. Di celah-celah ini diisikan dengan bancuhan simen dan pasir halus. |