jenis-jenis kemasan dinding
Kebanyakan bangunan kini dibina daripada batu-bata yang dikemaskan dengan simen lepa sebelum diturap pula dengan kemasan kedua. Antara kemasan biasa ditonjolkan adalah:
- Kemasan keras membabitkan jubin seramik, jubin batu seperti marmar dan granit, tanah liat (terracotta), simen dan batu pasir serta panel kayu. Kemasan keras dan semula jadi sesuai bagi dinding luar kerana tahan cuaca.
- Kemasan lembut meliputi cat air dan minyak, kertas dinding dan panel fabrik.
Peranan dinding bukan setakat melindungi pandangan luar tetapi berfungsi pembahagi ruang dalam rumah. Dinding dalam rumah menjurus kepada kemasan serta nilai estetika berbanding di bahagian luar yang bertindak sebagai pelindung kesan cuaca seperti hujan, angin dan sinar matahari.
- Kemasan keras membabitkan jubin seramik, jubin batu seperti marmar dan granit, tanah liat (terracotta), simen dan batu pasir serta panel kayu. Kemasan keras dan semula jadi sesuai bagi dinding luar kerana tahan cuaca.
- Kemasan lembut meliputi cat air dan minyak, kertas dinding dan panel fabrik.
Peranan dinding bukan setakat melindungi pandangan luar tetapi berfungsi pembahagi ruang dalam rumah. Dinding dalam rumah menjurus kepada kemasan serta nilai estetika berbanding di bahagian luar yang bertindak sebagai pelindung kesan cuaca seperti hujan, angin dan sinar matahari.
kemasan keras
Panel Kayu
Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beloti kayu yang telah sedia ada pada permukaan dinding.Papan yang digunakan mesti bertanggam lidah atau lurah ataupun lekap.Lebar papan tidak melebihi 100mm. Jenis ini boleh dikemaskan dengan sempang atau lekar. Jenis kayu yang digunakan adalah kayu keras seperti jati,cengal,dan kempas. |
Mozek
Dibuat daripada tanah liat dan bahan campuran seperti serami,kaca dan marmar melalui proses pembakaran. Terdapat pelbagai bentuk seperti segiempat sama dan tepat dan juga segi enam. Pembinaan dilakukan dengan adunan simen 1:3 untuk meletakkan mozek didasar konkrit. Di celah-celah sambungan diletakkan semin dan pasir halus. Digunakan pada dinding dapur,tangga dan tandas. |
Jubin
Marmar
Kepingan jubin marmar yang berupa papak sekata ataupun papak tidak sebentuk dilekatkan didasar konkrit denagn menggunkan adunan simen. Permukaan dinding perlu diasah dengan menggunakan mesin canai dengan batu asah gred kasar (No.24) ke gred halus (No.350) sehingga rata dan licin kemudian dikemaskan dengan lilin |
Jubin Granit
Terdiri daripada simen Portland dan batu serpihan granit halus atau bahan keras lain,di campur dengan air yang cukup supaya mempunyai keplastikan yan sesuai untuk diratakan diatas lapisan alas setebal 25mm hingga 38mm menjadi panel berukuran 3.6m. Batu serpihan hendaklah bergred daripada 6.4mm hingga kepada ayak no. 200 (75µm).Contoh campuran 2 simen dengan 5 granit atau 1 simen,1 pasir dan 2 batu baur. |
kemasan lembut
Kertas Binaan ( Wallpaper )
Kini pemilik rumah kediaman lebih meminati kertas dinding iaitu salah satu alternatif mengantikan kemasan dinding lain seperti cat. Walaupun pemasangannya agak sukar kerana membabitkan bahan pelekat tetapi kemasan ini menjadi pilihan kerana keunikan warna, tekstur dan corak yang menarik. Kertas dinding kebanyakannya diperbuat dari bahan seperti vinil dan tekstil dan juga bahan daripada fabrik. Pilihan terhadap jenis bahan kertas dinding itu dibuat bergantung kepada kesesuaian dinding, |
Gipsum Board
Gipsum board ialah sejenis papan yang biasa digunakan untuk sekatan pada ruang-ruang yang luas seperti didalam pejabat,dewan,surau atau masjid. Ia boleh dialih-alihkan dimana-mana tempat yang dikehendaki.Ia diperbuatkan daripada bahan-bahan gypsum yang sesuai iaitu bahan kapur dan gypsum serta berbentuk kepingan. Sifatnya tidak terlalu keras tetapi ringan. |
Cat
Cat merupakan medium kemasan dinding yang paling mudah dan murah. Kini terdapat pelbagai pilihan jenama cat di pasaran. Terdapat juga pelbagai jenis cat setiap satunya. Cat terdiri dari campuran bahan air dan minyak. Cat yang berasaskan air lebih kepada 'matte effect' berbanding cat yang berasaskan minyak yang lebih licin dan berkilat. Warna dan pemilihan cat juga dapat membantu menaiktarafkan dekorasi ruang. Cat bewarna terang dapat meluaskan ruang, meninggikan siling dan menjauhkan jarak, manakala cat yang bewarna gelap akan menyempitkan ruang, merendahkan siling dan mendekatkan jarak. Namun cat yang berwarna terang lazimnya membawa mood panas dan ringan berbanding cat yang berwarna gelap lebih cenderung membawa mood sejuk, ekslusif dan tenang. |