proses pemASANGAN kemasan [DINDING]
Terdapat beberapa kaedah kemasan dinding yang boleh
dilakukan selepas kerja – kerja lepaan antaranya adalah kemasan licin, kemasan
muka pasir, kemasan lapisan skim, kemasan shanghai dan kemasan kerutu. Kemasan ini dikenali sebagai lapisan ketiga
selepas kerja – kerja lepaan iaitu lapisan asas dan lapisan pertengahan.
Kemasan Muka Pasir (Sponge Finishing)
Langkah 1 : Kemasan ini dibuat dengan menggunakan span (Sponge Trowel) yang diratakan pada permukaan lepaan untuk menampakkan permukaan pasir. Langkah 2 : Kemasan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering supaya muka pasir nampak lebih cantik serta jelas dan memudahkan kerja-kerja merata dengan span. |
Kemasan
Kerutu (Rough Cast Finishing)
Langkah 1 : Kemasan kerutu dibuat setelah sesuatu permukaan dilepa. Langkah 2 : Ianya dibuat dengan menggunakan bancuhan mortar yang di masukkan ke dalam mesin penyembur ( Rough Cast Machine). Langkah 3 : Kemudian di semburkan ke permukaan yang dilepa mengikut corak yang dikehendaki setebal 10 mm. Kemasan tersebut pada tembok / dinding hiasan sama di dalam atau di luar sesuatu binaan. |
c) Kemasan Shanghai
Langkah 1 : Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1 simen : 1 bahagian batu Shanghai) atau 1:2 (1 bahagian Simen : 2 bahagian batu Shanghai). Langkah 2 : Setelah dilepa, permukaan tersebut diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan kayu perata untuk mendapatkan permukaan yang sama dan rata. Langkah 3 : Setelah permukaan tersebut rata dan hampir kering, permukaan tersebut disembur dengan air menggunakan penyembur air (Iron Spray) untuk menampakkan permukaan batu Shanghai / Pebbles. Langkah 4 : Kemudian permukaaan tersebut diberus dengan menggunakan berus kecil seperti berus kasut supaya menyerlahkan lagi permukaan batu tersebut. Langkah 5 : Selepas itu permukaan tersebut dilap dengan menggunakan span yang bersih. Langkah 6 : Setelah permukaan batu tersebut bersih dan kering, sapukan permukaan tersebut dengan menggunakan pengilat batu supaya kelihatan berkilau dan tahan pada tindakan cuaca. |
a) Kemasan Licin (Cement Face)
Langkah 1 : Kemasan ini dibuat dengan menggunakan bancuhan simen yang pekat (Cement Slurry) Langkah 2 : Kemudian bancuhan simen itu di ratakan pada permukaan lepaan dengan menggunakan sudip lepa (Plastering Trowel) untuk mendapatkan permukaan yang licin. Langkah 3 : Lapisan simen yang ratakan hendaklah nipis sahaja dan tidak boleh ditebalkan, kerana jika ditebalkan permukaan tersebut berkemungkinan tidak rata pada keseluruhannya. Langkah 4 : Lapisan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering. |